Halim Munan - Teleblog Filem


Sinopsis Halim Munan

Berkisar tentang remaja naif bernama Halim Munan lakonan Fizo yang sering diejek dan dibuli rakan-rakannya, Ajak, Pawi dan Kimi kerana sifatnya yang lurus bendul dan nama pelik dimiliki. Halim pula jenis tidak suka dilihat dan suka menari, malah berangan-angan menjadi seorang halimunan.


Dia kemudian difitnah kerana mengintai Suriyati (Intan Ladyana), tetapi ibunya tidak percaya dengan tuduhan itu. Untuk membersihkan namanya, Halim nekad untuk menjadi halimunan sebenar dan sanggup berbuat apa saja bagi mencapai hajatnya itu.
Dia bertemu seorang bomoh yang kemudian menyuruhnya membawa separuh kain kafan perempuan mati pada hari Jumaat. Dia berjaya mendapatkan kain terbabit tetapi dikejar orang kampung menyebabkan dia tidak sempat menimbus semula kubur digalinya. Sejak itu, penduduk kampung sering diganggu pocong yang mencari kainnya yang dicuri Halim. Sejak itu, banyak peristiwa berlaku dan ramai menyangka Halim hilang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More