Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Gangster Celop full movie - Teleblog Filem

Poster Gangster CelopSinopsis Filem Gangster Celop


Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.
Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.
Sinopsis Filem Gangster Celop

Kerat 14 full movie - Teleblog Filem

Filem Kerat 14 mengisahkan percintaan Haziq dan Nurzara. Haziq amat menyayangi Nurzara dan sanggup membuat apa sahaja untuk menggembirakan Nurzara. Namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nurzara.

Ketika membawa Nurzara meraikan hari lahir di sebuah kelab malam, tanpa disangka Nurzara telah menarik perhatian Aril
sehingga Aril bertindak memalitkan minyak pengasih untuk mendekati Nurzara.

Namun, satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nurzara dan perkara itu sampai ke peringkat penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Razman.

Siapakah yang akan menjadi mangsa dalam kisah percintaan Haziq dan Nurzara? Dapatkah Aril memiliki cinta Nurzara? Mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nurzara?

Hantu Kak Limah 2 full movie - Teleblog Filem

Sinopsis
Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng
yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.





Wawa Semput full movie - Teleblog Filem



















 Sinopsis "Wawa Semput"


Wawa Semput mengisahkan kesinambungan hubungan cinta antara Wawa dan Bobby yang dikembangkan dari filem Adnan Sempit dan Adnan Sempit 2. Wawa yang kecewa dengan sikap Bobby yang suka berangan-angan tinggi tetapi malas berusaha mengambil keputusan untuk pulang ke kampung
halamannya. Ismat pula cuba memenangi hati Wawa dan menghantarnya pulang ke kampung.

Segala konflik mula terjadi ditambah dengan kemunculan Ayuni yang dilakonkan oleh Adiba Yunus telah jatuh cinta terhadap Ismat tetapi cintanya ditolak oleh Ismat. Ayuni telah berpakat dengan Bobby untuk membuat Wawa cemburu. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk memenangi hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Siapakah yang akan menjadi pilihan Wawa nanti ?

"Pandai-pandailah lu hidup sendiri !"





Juvana full movie - Teleblog Filem



SINOPSIS FILEM JUVANA

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).

Kisah kita mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.

Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.

Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.

Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.

Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.

Namun begitu, kita lihat Apek tidak banyak berubah dari seorang penjahat. Dia mula membuli ramai pelajar lain, terutamanya musuh-musuhnya yang terdahulu.

Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.

Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Mereka berjaya selamatkan kesemua pelawat itu akhirnya, namun Botak kembali untuk berdepan dengan Lan Todak. Dalam perbalahan yang berlaku, Daim hampir terkorban dan ini membuatkan Apek pula sedar akan kesalahannya selama ini.


Minyak Dagu full movie - Telefilem Blog

Sinopsis:

Minyak Dagu mengisahkan Azman Yang berdendam DENGAN bekas tunangannya Emelda. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman Telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang Cemerlang Minyak dagu. Emelda Yang memutuskan pertunangan DENGAN Azman rasaya Jogja demi mengikut cakap kedua-doa orang tuanya bahawa Johan udah seorang calon Suami Yang tak apa dan Boleh menjamin Masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman.

Liza, Ibu Penyengat Azman temen Kecewa Sikap DENGAN Emelda kerana melukakan bebek anaknya. Setelah Bertemu DENGAN Wak Minarjo, Azman Betul-Betul nekad UNTUK membeli Minyak dagu tersebut, dan dia haruslah megikut pantang-larang Yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan PADA Siku Emelda dan Botol Minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan DENGAN Pokok pisang. Sekiranya Botol tersebut Pecah disambar Petir, Maká SEGALA kuasa sihir hilang.

Menunggu hari Bahagia Emelda dan Johan dinikahkan, Emelda nekad Ingin Menjemput bekas tunangnya ITU, Azman. Tanpa diduga, Azman Mula mengambil Acha tersebut UNTUK mencalitkan Minyak dagu PADA Siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda Tiba-Tiba Histeria. Azman PUAS kerana dendamnya terbalas. Semenjak Hang ITU, saja dilakukan asal maksud Emelda Ditukar. Johan bertindak membawa seorang bomoh mengubati UNTUK Histeria Emelda Yang Kampus A Semakin parah.

Hal ini menyebabkan Ainon, mak Penyengat Emelda Pula cenderung menuduh Johan SEBAGAI Yang laper Essential Penyengat Sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang Sakit JANTUNG dan meninggal Dunia. Azman Yang merasa bersalah Lalu dia mematuhi melawat Jenazah Ainon. Pantang larang Terbesar Azman ialah TIDAK Boleh melawat orang Mati.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More