99 Kali Rindu - Teleblog Filem


Sinopsis 99 Kali Rindu

Menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) danZazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya. 

Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali. 

Full Movie

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More