Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Amir & Loqman pergi ke laut


Sinopsis

Penceritaan kisah lucu di antara dua sahabat baik iaitu Amir dan Loqman yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap dan memulakan kehidupan baru. Malangnya, mereka perlu menyempurnakan satu misi sebelum dibenarkan keluar dari kumpulan tersebut. Apakah agaknya misi yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua?


Tembus


Sinopsis

Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang. Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar



Sejoli


Sinopsis

Filem SEJOLI membawa penonton mengikuti perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket setelah hancur hatinya akibat ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak). Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.
Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir bersama bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.


Rumah Sewa RM50


Sinopsis

Filem ini mengisah 5 remaja yang mencari rumah sewa dan berjaya mendapat rumah sewa Dengan harga yang murah iaitu hanya RM50 walaupun mengetahui rumah banglo itu sudah lama tidak berpenghuni itu. Setelah mereka menetap, bermulalah episod misteri apabila sorang demi sorang kawan mereka dirasuk dan diganggu makluk halus itu. Pelbagai peristiwa pelik dan seram yang berlaku, namun adakah mereka berjaya keluar dari rumah itu


Balun


Sinopsis

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan sejak Hassan kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia 12 tahun. Hassan membuat keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.


Nasi Tangas (Nasi Kangkang)


Sinopsis

Filem bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun, kepercayaan songsang ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah penduduk kampung mahupun di bandar yang mahukan suami mereka tunduk kepada arahan. Filem dibintangi oleh Azwan Kombos, Shima Anuar, Adibah Yunus, Delimawati, Herman Tino dan ramai lagi.


Kawan aku Mati dalam Rumah Sewa


Sinopsis


Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh Pak Cik ​​Osman Basah. Ketahui bagaimana salah seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu?


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More