Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Amir & Loqman pergi ke laut


Sinopsis

Penceritaan kisah lucu di antara dua sahabat baik iaitu Amir dan Loqman yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap dan memulakan kehidupan baru. Malangnya, mereka perlu menyempurnakan satu misi sebelum dibenarkan keluar dari kumpulan tersebut. Apakah agaknya misi yang perlu diselesaikan oleh mereka berdua?


Tembus


Sinopsis

Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang. Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar



Sejoli


Sinopsis

Filem SEJOLI membawa penonton mengikuti perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket setelah hancur hatinya akibat ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak). Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.
Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir bersama bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.


Rumah Sewa RM50


Sinopsis

Filem ini mengisah 5 remaja yang mencari rumah sewa dan berjaya mendapat rumah sewa Dengan harga yang murah iaitu hanya RM50 walaupun mengetahui rumah banglo itu sudah lama tidak berpenghuni itu. Setelah mereka menetap, bermulalah episod misteri apabila sorang demi sorang kawan mereka dirasuk dan diganggu makluk halus itu. Pelbagai peristiwa pelik dan seram yang berlaku, namun adakah mereka berjaya keluar dari rumah itu


Balun


Sinopsis

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan sejak Hassan kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia 12 tahun. Hassan membuat keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.


Nasi Tangas (Nasi Kangkang)


Sinopsis

Filem bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun, kepercayaan songsang ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah penduduk kampung mahupun di bandar yang mahukan suami mereka tunduk kepada arahan. Filem dibintangi oleh Azwan Kombos, Shima Anuar, Adibah Yunus, Delimawati, Herman Tino dan ramai lagi.


Kawan aku Mati dalam Rumah Sewa


Sinopsis


Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh Pak Cik ​​Osman Basah. Ketahui bagaimana salah seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu?


Adnan Sempit Sawadikap


Sinopsis

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan.


Apabila tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak. Mereka mula mencari di sekitar bandar dan terserempak dengan NOK, seorang wanita Thai yang membawa bayi kelihatan begitu mencurigakan. Adnan yakin Nok telah membawa bayi mereka dan mula mengejarnya. Malangnya Adnan mendapati bahawa ia bukan anaknya. Di manakah anak mereka? Saksikan di pawagam berdekatan anda



Mat Tudung


Sinopsis

'Mat Tudung' mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki.
Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna sebagai ‘adik perempuan’ kepada Johari.

Pelbagai insiden menarik berlaku apabila perwatakan ayu Johanna telah menarik hati bapa Zizie.  Johari pula dia diintai oleh ibu Zizie yang kesepian akibat kurang diberi perhatian oleh ayah Zizie.  Johari juga menjadi target abang Zizie (Izzue Islam) yang keliru dengan jantinanya sendiri.


Pengantin Malam


Sinopsis

Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri, Maya (Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering diganggu lembaga misteri sehinggakan suami Maya, Razif (Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif.
Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk sehinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan mereka semakin renggang.
Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana cilla tersebut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi yang berbeza dari tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doctor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami Maya.


Suatu Malam Kubur Berasap 2


Sinopsis

Kemeriahan dunia lawak semakin rancak apabila munculnya sebuah kumpulan yang telah menjuarai program realiti. Kumpulan ini terdiri daripada Amir dan Nayan yang kedua-duanya merupakan kawan baik sejak dari kampung. Pada ketika nama mereka sedang melonjak naik, pengarah dan penerbit filem terkenal En Kong Keng Huat telah mempelawa mereka untuk berlakon di dalam sebuah filem seram.
Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon di dalam cerita komedi sahaja. Hal ini kerana mereka sememangnya tidak mempercayai alam mistik serta kewujudan hantu dalam kehidupan ini. Pengalaman dan kegagalan drama-drama seram sebelum ini membuatkan Amir dan Nayan tidak mahu melibatkan diri dalam lakonan filem seram yang ditawarkan kepada mereka.

Atas nasihat dan umpan yang telah diberikan oleh Chot, mereka bersetuju untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menimba pengalaman seram. Ini kerana meraka mengenali seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka. Tok Mat juga mempunyai seorang anak gadis bernama Julia dan mereka berdua juga menyimpan perasaan terhadapnya.

*full movie*

CEO


Sinopsis

CEO menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya. Berpegang kepada konsep ini, pengarah Razaisyam perlu menghasilkan garapan terbaik. Dia memberitahu, mulanya agak tertekan apabila mengarahkan nama-nama besar namun situasi selepas itu berubah apabila mereka banyak membantunya menjayakan watak yang diberikan.


Hantu Nan Sempit


Sinopsis


Filem komedi seram hasil gabungan inspirasi filem Adnan Sempit dan Hantu Bonceng ini mengisahkan pada suatu malam Adnan pulang ke rumahnya dengan menaiki motorsikal. Tiba-tiba dia terlibat dengan sebuah kemalangan misteri. Adnan hilang tanpa dikesan dan kehilangannya menjadi tanda tanya apabila yang tinggal cuma motorsikalnya sahaja di tempat kejadian.




Abang Long Fadil


Sinopsis


Filem yang diarahkah oleh pengarah muda, Syafiq Yusof yang merupakan anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Merupakan kesinambungan daripada filem hebat "KL Gangster" yang menceritakan tentang kehidupan Abang Long Fadil selepas kawan baiknya, Malik masuk penjara. Filem aksi ini menampilkan Zizan Razak sebagai teraju utama.



Awak nak Kahwin dengan Saya


Sinopsis

Cerita ini menceritakan tentang percintaan antara Andika dan Puteri . Andika merupakan Ketua editor majalah tersebut , manakala Puteri bekerja sebagai pembantu peribadi Andika dan yang paling setia dalam tempoh tiga tahun. Seorang gadis yang messi , tetapi dia sangat peka dan bijak. Andika dapat memahami Puteri . Cerita ini bermula apabila Andika menerima panggilan daripada bekas teman wanita , SARA , menjemput beliau ke majlis perkahwinan beliau. Sara mencabar Andika untuk membawa teman wanitanya pada perkahwinannya hanya mahu menunjukkan bahawa pelajar Andika terlupa kenangan. Andika berasa dicabar dan dia perlu untuk membawa seorang gadis untuk perkahwinan untuk membuktikan kepada Sara bahawa dia telah lama dilupakan lalu. Pada masa yang sama, ulang tahun kelahiran Andika juga semakin hampir dan meminta Andika kembali. Andika akhirnya bersedia untuk kembali selepas tiga tahun tidak pulang ke rumah kerana konflik dengan bapanya, DATO OSMAN.  Andika meminta bantuan daripada anak perempuan yang menyamar sebagai kekasihnya dan kembali ke kampung. Kehadiran Wanita disambut mesra , dan dia terkejut melihat bagaimana keluarga menerima beliau. Selepas seminggu di kampung, Puteri terkejut dengan perubahan berlaku.


Puteri hidup bersendirian selama ini , bagaimanapun, kini Puteri mula berasa gembira selepas Andika mengenali keluarga ini. Puteriwho telah mula berasa gembira hidup bersendirian dengan kasih sayang keluarga Andika . Pada masa yang sama, Andika juga mula berasa sesuatu yang aneh pada Puteri . Andika mula tersenyum, ketawa dan mula ambil mudah dalam kehidupan. Adakah keseronokan mula  menyelubungi mereka , Sarah muncul dengan rasa tidak puas hati dan mula mempersoalkan Puteri yang boleh mengubah orang-orang seperti Andika? Bagaimanakah reaksi keluarga Andika apabila semua pembohongan terdedah



Ia Wujud


Sinopsis

Mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Kisah ini berlaku sebelum fenomena kisah seram di Highland Tower. Mereka menyangkakan hantu itu tidak wujud dan cuba bermain permainan 'spirit of the coin' di taman tema terbiar itu. Akhirnya apa yang mereka cari itu sebenarnya adalah wujud.



Cara mengundang Hantu



Sinopsis

Filem yang dilakonkan oleh seniwati Mariani dan Rosminah Sidek ini memaparkan kisah seram yang dibahagikan kepada empat kisah yang berlainan dan digabungkan untuk dijadikan sebuah filem. Filem seram ini juga mendapat sentuhan kreatif pengarah berbangsa India, M.Subash. Selain menggandingkan pelakon veteran seperti Rosmindah Sidek dan Mariani, filem ini turut menampilkan pelakon Imuda dan Mak Jah.



Bahaya Cinta


Sinopsis

Bahaya Cinta bermula tentang pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing.
Kisah keluarga Iskandar lakonan Adam AF sementara ibunya, lakonan Fadilah Mansor sebagai Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang pernah menyelamatkannya daripada mati lemas.
Selepas kematian bapanya, ibu Iskandar mengungkit kenangan silam terhadap kalung yang diberikan bekas kekasihnya, Ai Nguan, lebih tiga dekad yang lalu.
Ibu Iskandar mahukan anaknya menjejak lelaki istimewa itu di Vietnam mengikut 'gerak hati'.
Bagaimanapun, percutian bertukar malang apabila sampai di sana, Iskandar berdepan detik cemas apabila diburu sekumpulan ahli kongsi gelap.
Semuanya bermula selepas beliau cuba menyelamatkan seorang wanita dari Jakarta yang baru saja sampai di Hanoi tetapi menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.
Dalam pada itu, filem ini turut komedi ringan dengan munculnya Man Raja Lawak sebagai kawan baik kepada Iskandar di kampung yang membawa penonton tidak kering gusi melihat keletahnya.




Sniper


Sinopsis

Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad. Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.

trailer

Pintu Neraka


Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang peniaga pengangkutan perkapalan yang berjaya yang menghidapi penyakit kanser dan sedang berhadapan dengan kematiannya. Dalam mengharungi sisa-sia terakhir hidupnya, dia telah berjuang dengan penuh semangat dan keimanan dan akhirnya telah kembali kepada pegangan agamanya. Filem ini dibintangi oleh Bront Palarae, Namron, Siti Elizad, Raffi Khan, Jefri Jefrizal, Sherie Merlis, Roshfaizal Ariffin dan Saddiq Raffali.

trailer

Apokalips X


Sinopsis

Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup. Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). 
Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka. X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila.


full movie

Lu, Gua, Bro


Sinopsis

Menceritakan perjalanan itu, turun naik kehidupan dua kawan baik, Yu dan Mi berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Dari zaman kanak-kanak umur sekolah , umur remaja umur dewasa , mereka kekal bersama-sama walaupun apa-apa kesan . Impian mereka adalah untuk menjadi dasar yang , lebih-lebih lagi kedua-dua bapa mereka mahu mereka menjadi polisi. Cerita ini bermula apabila Yu & Mi bertemu di sebuah kilang penapisan di mana Mi bekerja sebagai keselamatan selepas setahun tidak bertemu anda menikmati kerja Mi di Bandar meninggalkan rumah. Yu yang melarikan diri dari para peniaga mencari Mi di kedai kilang . Kilang penapisan Mi itu nampaknya menjalankan pengedaran sindeket dadah. Yu dan Mi Cuba melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi dilarang oleh peniaga tersebut. Pertempuran Yu & Mi sehingga ke peringkat tertinggi penapisan bangunan untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari , Yu tergelincir tiang bangunan kaki dan disambut oleh Mi. Yu hampir putus asa telah ditenangkan oleh Mi dengan kata-kata sehingga baik ke dalam semangat masa lalu menceritakan kisah mereka bagaimana mereka kedua-duanya teruja urusan dengan segera dan menghalang muka cabaran selama ini. Itulah di mana kisah persahabatan antara Yu & Mi dari zaman kanak-kanak hingga kini. Mereka akhirnya berjumpa dengan 2 orang polis,salah satunya Eve, rakan sekelas mereka di sekolah kerana itu. Polis mengucapkan terima kasih kepada mereka secara tidak sengaja telah menumpaskan sindiket di kilang penapisan.

trailer

Zombi Kilang Biskut


Sinopsis

Mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.
Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.
Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.
Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.
Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.
Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.



full movie

Fobia Malam Pertama


Sinopsis

Menceritakan kisah Asyraf dan Zaty. Zaty seorang gadis yang takut untuk jatuh cinta kerana dia percaya bahawa kerana sumpahan gelap pada keluarganya apabila dia jatuh cinta dan mendapat berkahwin dia akan mati selepas melahirkan anak pertamanya. Asyraf pula adalah 'playboy' yang telah pulang dari pengajian di Indonesia dan telah diberitahu oleh bapanya bahawa dia perlu berkahwin dengan dara kerana ia adalah tradisi keluarga. Asyraf kemudian mendaftar ke kolej yang sama seperti Zaty dan dengan itu bermula komedi epik sebagai dua burung cinta perlu berurusan dengan bomoh, kedua mertua dan bagaimana Zaty cuba menyelamatkan diri daripada hamil di malam pertama!

trailer

Hantu Bukit Cina


Sinopsis

Mengisahkan tiga remaja, Jo, Luna dan Sandra yang terpaksa mengikuti kursus tarian kebudayaan di Pantai Timur namun ketinggalan bas. Ini memaksa mereka menumpang kenderaan Kent dan Zack yang ingin pergi memancing. Dalam perjalanan, kereta mereka tiba-tiba rosak di kawan yang disifatkan oleh penduduk setempat bagai kawasan yang 'keras'. Selepas itu banyak misteri terbongkar mengenai kejadian seram yang terjadi.


Aku Akan Muncul


Sinopsis

mengisahkan tentang sumpahan kesuma yang berlarutan selama puluhan tahun. Ianya berlaku kerana kesuma mahu menjadi wanita paling cantik di kampungnya. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim, Izara Aishah, Maimon Mutalib, Sheila Mambo, Aida Aris dan ramai lagi.

trailer

Cuak


Sinopsis

Mengisahkan Adam yang bakal mengahwini kekasihnya, Brenda. Walaupun ia bukannya mudah, tetapi ia akan menjadi realiti tidak lama lagi dan Adam sepatutnya sudah bersedia. Walaubagaimanapun apabila perkahwinan mereka semakin hampir, Adam mula ragu-ragu dengan keputusannya.

trailer

Jangan Pandang Belakang Boleh


Sinopsis

  Teman wanita Dharma, Rose telah meninggal dunia tiba-tiba. Kemudian, mereka mendapati bahawa Rose mempunyai membunuh diri. Dharma dan kembar Rose, Seri cuba untuk mengetahui mengapa Rose dipilih secara apa-apa cara untuk mati. Indra, rakan sekerja Dharma juga mahu membantu Dharma menyelesaikan misteri tentang kematian Rose. 
   Tetapi semasa siasatan, Dharma sering diganggu oleh perkara-perkara paranormal. Dharma mengadu kepada Seri dan Indra tetapi mereka tidak percaya pada kewujudan 'hantu'. Lebih-lebih lagi, Dharma adalah telah bertindak pelik akhir-akhir ini menyebabkan Seri menuduh Dharma adalah sebab mengapa Rose membunuh dirinya. 

trailer

Laga


Sinopsis

Mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Filem Laga adalah berkisar mengenai kisah orang kampung yang kuat berjudi dengan bermain laga ayam. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.

trailer

Qadr


Sinopsis

Mengisahkan tentang enam watak utama yang ditakdirkan bertemu apabila keenam-enam mereka terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. QADR dibintangi oleh Beto Khusyairi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Kismah Johar , Tunku Hanis dan Zain Hamid serta mendapat sentuhan pengarah Faisal Ishak.

trailer

Muka Surat Cinta


Sinopsis

Perkahwinan Putra dan Luna sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar. Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut. Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama. Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut. Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra. Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More