Kerat 14 full movie - Teleblog Filem

Filem Kerat 14 mengisahkan percintaan Haziq dan Nurzara. Haziq amat menyayangi Nurzara dan sanggup membuat apa sahaja untuk menggembirakan Nurzara. Namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nurzara.

Ketika membawa Nurzara meraikan hari lahir di sebuah kelab malam, tanpa disangka Nurzara telah menarik perhatian Aril
sehingga Aril bertindak memalitkan minyak pengasih untuk mendekati Nurzara.

Namun, satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nurzara dan perkara itu sampai ke peringkat penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Razman.

Siapakah yang akan menjadi mangsa dalam kisah percintaan Haziq dan Nurzara? Dapatkah Aril memiliki cinta Nurzara? Mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nurzara?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More