Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Adnan Sempit Sawadikap


Sinopsis

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan.


Apabila tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak. Mereka mula mencari di sekitar bandar dan terserempak dengan NOK, seorang wanita Thai yang membawa bayi kelihatan begitu mencurigakan. Adnan yakin Nok telah membawa bayi mereka dan mula mengejarnya. Malangnya Adnan mendapati bahawa ia bukan anaknya. Di manakah anak mereka? Saksikan di pawagam berdekatan anda



Mat Tudung


Sinopsis

'Mat Tudung' mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki.
Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna sebagai ‘adik perempuan’ kepada Johari.

Pelbagai insiden menarik berlaku apabila perwatakan ayu Johanna telah menarik hati bapa Zizie.  Johari pula dia diintai oleh ibu Zizie yang kesepian akibat kurang diberi perhatian oleh ayah Zizie.  Johari juga menjadi target abang Zizie (Izzue Islam) yang keliru dengan jantinanya sendiri.


Pengantin Malam


Sinopsis

Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri, Maya (Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering diganggu lembaga misteri sehinggakan suami Maya, Razif (Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif.
Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk sehinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan mereka semakin renggang.
Villa yang mereka diami itu juga memberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana cilla tersebut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi yang berbeza dari tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doctor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami Maya.


Suatu Malam Kubur Berasap 2


Sinopsis

Kemeriahan dunia lawak semakin rancak apabila munculnya sebuah kumpulan yang telah menjuarai program realiti. Kumpulan ini terdiri daripada Amir dan Nayan yang kedua-duanya merupakan kawan baik sejak dari kampung. Pada ketika nama mereka sedang melonjak naik, pengarah dan penerbit filem terkenal En Kong Keng Huat telah mempelawa mereka untuk berlakon di dalam sebuah filem seram.
Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon di dalam cerita komedi sahaja. Hal ini kerana mereka sememangnya tidak mempercayai alam mistik serta kewujudan hantu dalam kehidupan ini. Pengalaman dan kegagalan drama-drama seram sebelum ini membuatkan Amir dan Nayan tidak mahu melibatkan diri dalam lakonan filem seram yang ditawarkan kepada mereka.

Atas nasihat dan umpan yang telah diberikan oleh Chot, mereka bersetuju untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menimba pengalaman seram. Ini kerana meraka mengenali seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka. Tok Mat juga mempunyai seorang anak gadis bernama Julia dan mereka berdua juga menyimpan perasaan terhadapnya.

*full movie*

CEO


Sinopsis

CEO menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya. Berpegang kepada konsep ini, pengarah Razaisyam perlu menghasilkan garapan terbaik. Dia memberitahu, mulanya agak tertekan apabila mengarahkan nama-nama besar namun situasi selepas itu berubah apabila mereka banyak membantunya menjayakan watak yang diberikan.


Hantu Nan Sempit


Sinopsis


Filem komedi seram hasil gabungan inspirasi filem Adnan Sempit dan Hantu Bonceng ini mengisahkan pada suatu malam Adnan pulang ke rumahnya dengan menaiki motorsikal. Tiba-tiba dia terlibat dengan sebuah kemalangan misteri. Adnan hilang tanpa dikesan dan kehilangannya menjadi tanda tanya apabila yang tinggal cuma motorsikalnya sahaja di tempat kejadian.




Abang Long Fadil


Sinopsis


Filem yang diarahkah oleh pengarah muda, Syafiq Yusof yang merupakan anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Merupakan kesinambungan daripada filem hebat "KL Gangster" yang menceritakan tentang kehidupan Abang Long Fadil selepas kawan baiknya, Malik masuk penjara. Filem aksi ini menampilkan Zizan Razak sebagai teraju utama.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More