Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Balun

Sinopsis Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan sejak Hassan kehilangan ibu dan bapanya ketika berusia 12 tahun. Hassan membuat keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada...

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Sinopsis Filem bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun, kepercayaan songsang ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah penduduk kampung mahupun di bandar yang mahukan suami mereka tunduk kepada arahan. Filem dibintangi oleh Azwan Kombos, Shima Anuar, Adibah Yunus, Delimawati, Herman Tino dan ramai lagi. ...

Kawan aku Mati dalam Rumah Sewa

Sinopsis Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh Pak Cik ​​Osman Basah. Ketahui bagaimana salah seorang rakan mereka meninggal dunia di rumah itu? ...

Adnan Sempit Sawadikap

Sinopsis Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan. Apabila tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak....

Mat Tudung

Sinopsis 'Mat Tudung' mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki. Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna...

Pengantin Malam

Sinopsis Filem Pengantin Malam mengisahkan tentang seorang isteri, Maya (Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering diganggu lembaga misteri sehinggakan suami Maya, Razif (Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di Villa keluarga Razif. Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk sehinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh Razif yang...

Suatu Malam Kubur Berasap 2

Sinopsis Kemeriahan dunia lawak semakin rancak apabila munculnya sebuah kumpulan yang telah menjuarai program realiti. Kumpulan ini terdiri daripada Amir dan Nayan yang kedua-duanya merupakan kawan baik sejak dari kampung. Pada ketika nama mereka sedang melonjak naik, pengarah dan penerbit filem terkenal En Kong Keng Huat telah mempelawa mereka untuk berlakon di dalam sebuah filem seram. Namun begitu, kedua-dua mereka hanya berkebolehan untuk berlakon...

CEO

Sinopsis CEO menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya. Berpegang kepada konsep ini, pengarah Razaisyam perlu menghasilkan garapan terbaik. Dia memberitahu, mulanya agak tertekan apabila mengarahkan nama-nama besar namun situasi selepas...

Hantu Nan Sempit

Sinopsis Filem komedi seram hasil gabungan inspirasi filem Adnan Sempit dan Hantu Bonceng ini mengisahkan pada suatu malam Adnan pulang ke rumahnya dengan menaiki motorsikal. Tiba-tiba dia terlibat dengan sebuah kemalangan misteri. Adnan hilang tanpa dikesan dan kehilangannya menjadi tanda tanya apabila yang tinggal cuma motorsikalnya sahaja di tempat kejadian. ...

Abang Long Fadil

Sinopsis Filem yang diarahkah oleh pengarah muda, Syafiq Yusof yang merupakan anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam. Merupakan kesinambungan daripada filem hebat "KL Gangster" yang menceritakan tentang kehidupan Abang Long Fadil selepas kawan baiknya, Malik masuk penjara. Filem aksi ini menampilkan Zizan Razak sebagai teraju utama. ...

Awak nak Kahwin dengan Saya

Sinopsis Cerita ini menceritakan tentang percintaan antara Andika dan Puteri . Andika merupakan Ketua editor majalah tersebut , manakala Puteri bekerja sebagai pembantu peribadi Andika dan yang paling setia dalam tempoh tiga tahun. Seorang gadis yang messi , tetapi dia sangat peka dan bijak. Andika dapat memahami Puteri . Cerita ini bermula apabila Andika menerima panggilan daripada bekas teman wanita , SARA , menjemput beliau ke majlis perkahwinan...

Ia Wujud

Sinopsis Mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Kisah ini berlaku sebelum fenomena kisah seram di Highland Tower. Mereka menyangkakan hantu itu tidak wujud dan cuba bermain permainan 'spirit of the coin' di taman tema terbiar itu. Akhirnya apa yang mereka cari itu sebenarnya adalah wujud. ...

Cara mengundang Hantu

Sinopsis Filem yang dilakonkan oleh seniwati Mariani dan Rosminah Sidek ini memaparkan kisah seram yang dibahagikan kepada empat kisah yang berlainan dan digabungkan untuk dijadikan sebuah filem. Filem seram ini juga mendapat sentuhan kreatif pengarah berbangsa India, M.Subash. Selain menggandingkan pelakon veteran seperti Rosmindah Sidek dan Mariani, filem ini turut menampilkan pelakon Imuda dan Mak Jah. ...

Bahaya Cinta

Sinopsis Bahaya Cinta bermula tentang pasangan kekasih yang terpisah akibat faktor geografi yang terus memutuskan mereka berdekat-dekat lamanya. Bagaimanapun, jauh di sudut hati mereka masih terpahat perasaan sayang dan ingin tahu tentang keadaan masing-masing. Kisah keluarga Iskandar lakonan Adam AF sementara ibunya, lakonan Fadilah Mansor sebagai Dong Ai menjadi bekas pelarian Vietnam dan berkahwin dengan orang tempatan, iaitu lelaki Melayu yang...

Page 1 of 4412345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More