Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Hantu Bukit Cina


Sinopsis

Mengisahkan tiga remaja, Jo, Luna dan Sandra yang terpaksa mengikuti kursus tarian kebudayaan di Pantai Timur namun ketinggalan bas. Ini memaksa mereka menumpang kenderaan Kent dan Zack yang ingin pergi memancing. Dalam perjalanan, kereta mereka tiba-tiba rosak di kawan yang disifatkan oleh penduduk setempat bagai kawasan yang 'keras'. Selepas itu banyak misteri terbongkar mengenai kejadian seram yang terjadi.


Aku Akan Muncul


Sinopsis

mengisahkan tentang sumpahan kesuma yang berlarutan selama puluhan tahun. Ianya berlaku kerana kesuma mahu menjadi wanita paling cantik di kampungnya. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim, Izara Aishah, Maimon Mutalib, Sheila Mambo, Aida Aris dan ramai lagi.

trailer

Cuak


Sinopsis

Mengisahkan Adam yang bakal mengahwini kekasihnya, Brenda. Walaupun ia bukannya mudah, tetapi ia akan menjadi realiti tidak lama lagi dan Adam sepatutnya sudah bersedia. Walaubagaimanapun apabila perkahwinan mereka semakin hampir, Adam mula ragu-ragu dengan keputusannya.

trailer

Jangan Pandang Belakang Boleh


Sinopsis

  Teman wanita Dharma, Rose telah meninggal dunia tiba-tiba. Kemudian, mereka mendapati bahawa Rose mempunyai membunuh diri. Dharma dan kembar Rose, Seri cuba untuk mengetahui mengapa Rose dipilih secara apa-apa cara untuk mati. Indra, rakan sekerja Dharma juga mahu membantu Dharma menyelesaikan misteri tentang kematian Rose. 
   Tetapi semasa siasatan, Dharma sering diganggu oleh perkara-perkara paranormal. Dharma mengadu kepada Seri dan Indra tetapi mereka tidak percaya pada kewujudan 'hantu'. Lebih-lebih lagi, Dharma adalah telah bertindak pelik akhir-akhir ini menyebabkan Seri menuduh Dharma adalah sebab mengapa Rose membunuh dirinya. 

trailer

Laga


Sinopsis

Mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Filem Laga adalah berkisar mengenai kisah orang kampung yang kuat berjudi dengan bermain laga ayam. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.

trailer

Qadr


Sinopsis

Mengisahkan tentang enam watak utama yang ditakdirkan bertemu apabila keenam-enam mereka terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. QADR dibintangi oleh Beto Khusyairi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Kismah Johar , Tunku Hanis dan Zain Hamid serta mendapat sentuhan pengarah Faisal Ishak.

trailer

Muka Surat Cinta


Sinopsis

Perkahwinan Putra dan Luna sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar. Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut. Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama. Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut. Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra. Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More