Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara, dijemput bekas warden asrama anak-anak yatim iaitu Cikgu Zambri yang juga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Hassan.....

Cicakman 3

Nasi Tangas (Nasi Kangkang)

Nasi Tangas ini bertemakan seram dan ngeri ini menampilkan kisah kepercayaan karut dan khurafat yang sering dilakukan oleh kaum wanita bagi menundukkan suami mereka. Namun.....

Kawan aku mati dalam rumah sewa

menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. Akhir pula.....

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya.....

Hantu Tok Mudim


Sinopsis

Tok Mudim adalah seorang jurukhatan terhebat di kampungnya, tetapi reputasinya tercalar gara-gara masalah cinta tiga segi yang melibatkan pembantunya, Lebai Kulup, Salmah si dara pujaan kampung dan Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi. Borhan telah bertemu Tok Mudim untuk satu operasi rahsia. Namun Lebai Kulup yang tidak berpuas hati telah mencuri dengar rahsia Borhan dan merancang untuk menggagalkan operasi tersebut. 


Kisah Paling Gengster


Sinopsis

Mengisahkan tentang Remy (Shaheizy Sam), seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata, Remy seorang ‘loser’.

Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut.


Aku Pilih Kamu


Sinopsis

Mengisahkan Qesya (lakonan Intan) yang bercinta dengan Iskandar (Fezrul Khan) selama lima tahun. Bapa Qesya, Imran (Azhan Rani) tidak mahu anaknya bersama Iskandar yang dianggapnya tidak bertanggung jawab dan tidak ada pendirian.

Hidup Qesya berubah dengan kemunculan Alif dan Imran tekad mengahwinkan Qesya dan Alif kerana beranggapan itu yang terbaik buat anak perempuannya. Malangnya Qesya memberontak kerana terpaksa berkahwin dengan Alif yang tidak dikenali dan dicintainya.




.

Malam Penuh Bermisteri


Sinopsis

Menceritakan kisah ngeri tentang sekumpulan manusia yang telah diganggu dan dirasuk oleh hantu. Hanya seorang wanita sahaja boleh menyelesaikan misteri tersebut dan menghentikannya. "Malam.... Penuh Bermisteri" bukan sahaja sebuah filem seram, tetapi ia turut menyelit mesej positif. 


Highland Tower


Sinopsis

Mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh.


Balada Pencinta


Sinopsis

Mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan Asari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya tetapi tanpa cinta?


Psiko


Sinopsis - Psiko

Mengisahkan tentang seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek thriller dalam setiap karyanya.Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.

Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa.

Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko.Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran.

Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel thriller kegemarannya.

Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani.Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya.

Full Movie

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More